2010 bakal berlalu..tahun yg penuh kesibukan,terlalu banyak kena keluar outstation,kakak 'afaaf SPM,abang 'afeef PMR,baba pulak perlu menyiapkan beberapa buah rumah yg memerlukan komitmen yg tinggi. Kesian baba dan anak-anak..nasib baik skg cuti..tp sekolah adik 'ateef dh mula extra class.si kecil itu dh nk masuk tahun 6 rupanya.masih manja tak hbs2.bertempek pada ummi je..
mggu depan 13-15hb meeting lg d hotel putra, 16-18 di putrajaya.lpas tu di trengganu pula..20hb kakak baru habis exam..cadang nak bercuti,tp sempatkah?
Tuesday, December 7, 2010
Sunday, June 20, 2010
Happy Fathers' Day
hari bapa tiba lagi.tak terucap rasa penghargaan dan terima kasihku kepada arwah ayahanda tercinta - ALLAHYARHAM MUHAMAD HJ AWANG,seorg bapa hebat yg tak ternilai kasihnya terhadap anak2.sbb itulah sepjg hidupnya, ayah berjuang memberi pelajaran kpd anak2.malah ayah juga cakna kpd anak org lain, sentiasa berkempen supaya ibubapa menghantar anak ke sekolah agama.saham dunia akhirat katanya. betapa kagumnya dengan ayah, betapa bangganya jadi anak ayah..
selamat hari bapa juga kepada suamiku - baba 'afaaf,'afeef, 'ateef dan 'ateefah..yg menjaga kami dgn begitu sempurna, yg mengasihi kami sepenuh jiwa raga..anak2 selalu kata, "baba kita terlalu baik".baby kata"ummi rugi kalau tak kawen dgn baba dulu..sbb baba baik sgt".terima kasih atas segalanya.suami yang baik,bapa yg baik adalah anugerah Allah.Alhamdulillah.
selamat hari bapa juga kepada suamiku - baba 'afaaf,'afeef, 'ateef dan 'ateefah..yg menjaga kami dgn begitu sempurna, yg mengasihi kami sepenuh jiwa raga..anak2 selalu kata, "baba kita terlalu baik".baby kata"ummi rugi kalau tak kawen dgn baba dulu..sbb baba baik sgt".terima kasih atas segalanya.suami yang baik,bapa yg baik adalah anugerah Allah.Alhamdulillah.
Saturday, June 19, 2010
Percubaan Kedua
Dah hampir setengah tahun tak update blog ni.so, ini percubaan kedua nak buat comeback.tengah hari td gi kenduri rumah YBhg Dato' Solah (Ketua Pengarah JPJ) dan Datin Kak Na.Sampai je, tgk siti nurhaliza tgh nyanyi.apalagi, afaaf (dan umminya) sgt seronok la.sempat lagi ambik gambar2 ct nyanyi dan gmbar dato' K skali yg hanya tersenyum memandang isteri dikerumuni.banyak betul kenduri kendara cuti sekolah ni, hari ni yg plg best nampaknya.nanti nak masuk gambar2 kat sini. sempat jugak ambik video, tp tunggang langgang. org ramai sgt la.
Monday, February 8, 2010
Kembali
Januari 2010 dah berlalu. Februari juga sudah seminggu menjengah. Baru malam ni berpeluang mencatat sesuatu di laman ini.Kesibukan yang tak sudah - kerja yg tak pernah surut, anak2 yang nak menghadapi peperiksaan besar - kakak dgn SPM dan abang bakal berhadapan dgn PMRnya, menghasilkan kekalutan tak sudah. Rabu Khamis baru ni mengiring pegawai KPM melawat tadika untuk pemberian geran NKRA. Sebelum tu ke beberapa PPD - program kutipan data, mengurus kursus - oh...
Akhir Januari - 24 dan 25hb, bersama YBhg Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah KArim serta beberapa Profesor dan ahli2 PUSPA yang lain, mengikuti program mereka bersama pelajar sekolah dan anak2 yatim anak angkat PUSPA. Sangat penat menguruskan segalanya tetapi keseronokan berada dalam kalangan bijak pandai, insan2 hebat itu menyebabkan segala kepenatan hilang. Tambah2 bila keesokannya menerima SMS terima kasih daripada mereka...Prof Datuk Nik menulis "Ribuan terima kasih atas bantuan. Berjaya program kami kerana puan..." Terasa teramat dihargai. TAk perlu pun kata2 itu, kerana diri terasa amat bertuah berada bersama mereka. Prof Datin Rahimah Ahmad juga mengirim SMSnya,"Salam, Norina.Terima kasih atas segalanya dan maaf jika ada yang tak kena...we are committed about making education in Kelantan the best. Always willing to 'bangunkan anak2 Kelantan' especially students." TQ Datin. Merekalah antara anak watan Kelantan yg amat berjasa dan sentiasa bersedia membantu anak2 Kelantan. Mereka menyumbang tak kira masa, tenaga, wang ringgit. Majlis forum yang dianjurkan sgt bermanfaat.Pelajar2 fokus. JazakumuLlahu Khairal Jaza'...Allah sahaja yang mampu membalas segala budi dan jasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)