Monday, February 8, 2010

Kembali






Januari 2010 dah berlalu. Februari juga sudah seminggu menjengah. Baru malam ni berpeluang mencatat sesuatu di laman ini.Kesibukan yang tak sudah - kerja yg tak pernah surut, anak2 yang nak menghadapi peperiksaan besar - kakak dgn SPM dan abang bakal berhadapan dgn PMRnya, menghasilkan kekalutan tak sudah. Rabu Khamis baru ni mengiring pegawai KPM melawat tadika untuk pemberian geran NKRA. Sebelum tu ke beberapa PPD - program kutipan data, mengurus kursus - oh...
Akhir Januari - 24 dan 25hb, bersama YBhg Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah KArim serta beberapa Profesor dan ahli2 PUSPA yang lain, mengikuti program mereka bersama pelajar sekolah dan anak2 yatim anak angkat PUSPA. Sangat penat menguruskan segalanya tetapi keseronokan berada dalam kalangan bijak pandai, insan2 hebat itu menyebabkan segala kepenatan hilang. Tambah2 bila keesokannya menerima SMS terima kasih daripada mereka...Prof Datuk Nik menulis "Ribuan terima kasih atas bantuan. Berjaya program kami kerana puan..." Terasa teramat dihargai. TAk perlu pun kata2 itu, kerana diri terasa amat bertuah berada bersama mereka. Prof Datin Rahimah Ahmad juga mengirim SMSnya,"Salam, Norina.Terima kasih atas segalanya dan maaf jika ada yang tak kena...we are committed about making education in Kelantan the best. Always willing to 'bangunkan anak2 Kelantan' especially students." TQ Datin. Merekalah antara anak watan Kelantan yg amat berjasa dan sentiasa bersedia membantu anak2 Kelantan. Mereka menyumbang tak kira masa, tenaga, wang ringgit. Majlis forum yang dianjurkan sgt bermanfaat.Pelajar2 fokus. JazakumuLlahu Khairal Jaza'...Allah sahaja yang mampu membalas segala budi dan jasa.