Saturday, October 31, 2009
ANAK-ANAK TERCINTA
'AFAAF.'AFEEF.'ATEEF.'ATEEFAH.Mereka anugerah Allah. 4 orang cahaya mata yang kian membesar - kakak dan abang yang dah menjejak alam awal remaja, adik dan baby yang mcm kembar, Alhamdulillah tidak banyak kerenah mereka. Peluang tinggal bersama ayah dan ma selama hampir 17 tahun, menjadikan anak-anak mendapat didikan langsung dari datuk dan nenek mereka. Yang paling ketara, kesan tarbiah itu, mereka semua sgt mudah mengasihani orang lain. Tahap tolak ansur dengan kawan-kawan cukup tinggi. Mereka tidak betah melihat kawan-kawan yang miskin. Mereka akan balik bercerita dan meminta kami menghulurkan bantuan kepada rakan2 yang tidak bernasib baik itu. Seawal di darjah 1, setelah beberapa bulan memulakan persekolahan, kami mengesan wang saku kakak 'hilang' 50 sen. Bila ditanya, rupanya dia memberikan duit kepada kawan sekelasnya yang 'kakak kesian sgt, sbb dia miskin, rumah tampal dengan surat khabar, ummi..."(versi kakak masa tu). Abang, adik, baby pun begitu, wang saku sering dikongsi dgn kawan2 yg kurang bernasib baik. Masa di darjah dua, adik balik bercerita ttg Shah - kawannya yg punya 9 adik beradik, tetapi terpaksa tinggal bersendiri kerana perceraian ibu bapa, pada usianya seawal 4 tahun. Hanya dibesarkan oleh kakak2 dan abang2. Ibu dan bapanya kahwin lain, dan pasangan masing2 tidak dapat menerima anak2 yg ramai. Setelah diselidik, Shah rupanya tinggal berhampiran di Kg Huda, jadi, kami sentiasa mengajaknya ke rumah agar dia sekurang-kurangnnya merasa punya keluarga. Adik sgt hepi. Begitulah anak-anak, yang amat kami cintai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tringat kat ayoh. umi slalu cite y ayoh ske sdekah kat orang miskin.
Post a Comment