


Rasanya tentu semua orang ada pengalaman dengan dehem ayah. Masa kecik2 dulu dehem ayah menakutkan kami. Setiap kali ayah sampai ke rumah dari luar, ayah akan berdehem - sebagai isyarat kepada kami bahawa ayah dah pulang. Maknanya, sapa2 tengah buat perkara2 yg dirasakan ayah tak suka- akan segera menghentikan perlakuan itu, sebelum ayah naik ke rumah, dan sebelum ayah marah. Kami amat faham itu. Salah satu cara ayah mendidik - supaya tidak sering ayah marah kepada anak2. Kerana ayah agak garang orangnya. Tapi kami sebenarnya bukanlah sangat takut kepada ayah - yang jauh lebih dalam kami rasakan, ialah rasa hormat yang amat tinggi kepadanya. Ayah tidak suka pukul anak - habis marah pun, pulas telinga shj. Rasanya tak ramai pernah ada pengalaman sekali seumur hidup dipulas telinga oleh ayah.
Itulah ayah kami -Allahyarham Muhamad Hj Awang, cinta kami yg kami rindui sampai mati.