Friday, November 27, 2009

Mengenang Ayah




Ayah...malam ni baru boleh kugagahi hati untuk menulis mengenangmu di blog ini. Setiap hari,setiap kali teringatkan ayah, airmata menitik tanpa dapat dihenti. Esok Aidil Adha pertama tanpa ayah, pilunya hati. Selalunya 2,3 hari sebelum raya, ayah akan bertanya, tempah makanan apa untuk makan pagi raya. Aidil Fitri terakhir ayah, aku terlupa tempah roti jala kegemaran ayah. Terkilannya rasa. Tapi 2 hari lepas tu aku tempah dan ayah sempat merasa, walau pun sedikit sahaja ayah makan. Masih terbayang di ruang mata, ayah makan dengan begitu sukar, payah menelan, ayah kata. Tiada lagi rintihan ayah, tiada lagi panggilan ayah...setiap kali balik kerja, bila melintas tepi katil ayah, ayah akan terus panggil..."Nuri ke tu"...duduk tepi katil ayah sekejap pun tak apa. ayah cuma nak bertanya beberapa patah ,lepas tu ayah akan diam, kelelahan. cuma memandangku lama2, dalam2. Begitulah ayah, 2,3 tahun sebelum pulang ke pangku Rabb. Esok kami akan menziarahi pusaramu ayah...betapa kami rindukan suara ayah, dehem ayah, gurau ayah - segala2nya tentang ayah!

No comments: