Wednesday, December 23, 2009

Setahun Pemergian Ayah

31 Disember ni, genap setahun ayah pergi. tp hati sentiasa merasakan ayah masih ada bersama kami. mungkin kerana kami terlalu sebati dgn ayah, maka setiap hari ada shj cerita2 kenangan bersama ayah timbul. Dalam setiap gerak laku kehidupan kami sehari-hari, watak ayah muncul di mana2. Dan aku sendiri, masih sebak setiap kali ada yg bertanya tentang ayah. Ada kawan2 yg blm tahu bahawa ayah sudah tiada. Bila ada yg bertanya, aku terpaksa menelan airmata, menahan sebak, tak mampu bercerita banyak...Ayah, rindunya aku.

Friday, December 18, 2009

APABILA TUHAN MENGHENDAKI BEGITU....

Menonton al-Hidayah tengah hari ni, airmata mengalir tanpa sedar. Ada cerita mengenai pemilik nama Suhaimi Abdul Rahman yang begitu mengesankan. Tentu tidak ramai yg mengenali nama itu, tetapi jika disebut Amy Search – satu Malaysia kenal dia. Aku peminat lagu2nya. Tapi terus terang, aku tidak suka melihat dia menyanyi, cuma mendengar suaranya shj. Pelik, ‘kan? Alasannya satu je - aku tidak minat lelaki selekeh dan berserabut, rambut panjang, pakaian ketat. Sebab ayah memang anti lelaki sebegitu. (Pengaruh ayah cukup kuat dlm diri kami). Penyanyi rock tersohor itu, penampilannya kini begitu berubah, wajahnya amat tenang, amat menyenangkan hati memandang. Lelaki itu – yang telah menikmati kemanisan iman sejak kembali dari Mekah beberapa tahun lalu, kini tampak begitu tenang dan damai. Itulah kurnia Allah, Yang Maha Pengampun, Maha Pengasihani. BERBAHAGIALAH DENGAN KEHIDUPAN BARUMU, DUHAI AMY!

ROYALTI VS WANG EHSAN








Marah betul rakyat Kelantan bila hak dinafikan...apa lagi bila TGNA diserang...maka beginilah jadinya.Tuan2, sila eja dan baca sendiri banner2 canggih manifestasi jiwa oghe Kelate.

Thursday, December 17, 2009

BRAVO

YAHOOOOOOOO...MALAYSIA MENANG EMAS BOLASEPAK SUKAN SEA...entah kenapa, gembira sgt rasanya, walau pun hanya sempat menjeling-jeling tv je. banyak babak mencemaskan, aku tak minat menyaksikannya. tapi memang perjuangan pemain hebat sekali. Ke'ci'wa betul pemain vietnam. padan muka mereka, menyombong sgt, 'kununnya' malaysia lemah, mereka tak gentar langsung...

Wednesday, December 9, 2009

Oh letihnya!





Malam tadi jam 8.30 kami tiba dari P.Pinang. Berkereta bersama family, setelah melalui perjalanan yg meletihkan hari Khamis lepas dr K.L - aduh, amat perit. Asalnya nak menumpang kwn, tp kerana aku terpaksa ke ofis terlebih dahulu menyelesaikan beberapa perkara, aku meminta mereka bertolak dahulu. Konon nak berteksi ke sana. Tapi baba tak benarkan, bimbang katanya. Terpaksa kejutkan anak2 yang masih tidur, kemas baju mereka segera dan terus bertolak. Kami menginap di apartment yg begitu luas - Krystal Suite, anak2 bukan main seronok lagi. Meeting plak di B Suite, tak jauh. Sepatutnya aku juga menginap di B Suite, tp bila bawa family, aku lbh suka guna duit sendiri menyewa bilik hotel lain.
Selesai meeting, jam 2.00 petang kami bertolak balik. Alhamdulillah, perjalanan yg diberkati Allah.

Friday, December 4, 2009

Lagi Gambar di Majlis Persandingan Uni & Frank





Belum habis masukkan gambar mereka. Ni ada beberapa keping lagi nak abadikan di sini.

Majlis Persandingan Uni & Frank






Baby dipelawa jadi flower girl di majlis persandingan anak Dato' YDP MAIK, Dato' Hj Wan Mohamad Wan Konok dan bos tersayang, Mantan Pemangku Pengarah Pelajaran Kelantan, YBhg Datin Hjh Nik Khatijah Nik Man. KDYMM al-Sultan Kelantan, DYMM Raja Perempuan dan YAM Tengku Amalin turut mencemar duli berangkat ke majlis tersebut yg diadakan di Grand Ballroom Hotel Renaissance. Betapa 'gumbira'nya si bongsuku itu. Bukan main berlagak lagi flower girls tu. Semua tetamu asyik tegur mereka. Selesai majlis pun, tak sedar jam dah lebih 12 malam, masih galak bergambar atas pelamin.

Wednesday, December 2, 2009

Meeting Lagi

Isnin, 30 Nov, ada meeting di Federal Hotel, K.L. Flight penuh, tpaksa minta tolong baba hantar. Tergesa2, sempat bawa adik dan baby saja. Yang besar 2 org tu tak da di rumah.
Raya ke-4, maka sesak la jalan. Dari KB ke Ketereh sj dah makan hampir 2 jam. What a journey. Kul 12 malam baru sampai. Penat. Ingatkan sempat attend sesi malam. Kmarin dah hbs meeting, terus ke Putrajaya. Kakak dan abang tumpang mek kmarin. Esok kami nak bertolak balik pagi2 lagi. Nak balik hari ni tp ma kata hujan terlalu lebat di Kelantan, bimbang stranded tgh jalan plak.
Ahad ni ada meeting di Penang plak dah. 3 hari. Susah hati betul. Tak sempat nak monitor budak2. Tahun depan kakak SPM, abang PMR. Cuti ni mereka btl2 enjoy, tak tengok buku pun.apa nak jadi..