Friday, December 18, 2009
APABILA TUHAN MENGHENDAKI BEGITU....
Menonton al-Hidayah tengah hari ni, airmata mengalir tanpa sedar. Ada cerita mengenai pemilik nama Suhaimi Abdul Rahman yang begitu mengesankan. Tentu tidak ramai yg mengenali nama itu, tetapi jika disebut Amy Search – satu Malaysia kenal dia. Aku peminat lagu2nya. Tapi terus terang, aku tidak suka melihat dia menyanyi, cuma mendengar suaranya shj. Pelik, ‘kan? Alasannya satu je - aku tidak minat lelaki selekeh dan berserabut, rambut panjang, pakaian ketat. Sebab ayah memang anti lelaki sebegitu. (Pengaruh ayah cukup kuat dlm diri kami). Penyanyi rock tersohor itu, penampilannya kini begitu berubah, wajahnya amat tenang, amat menyenangkan hati memandang. Lelaki itu – yang telah menikmati kemanisan iman sejak kembali dari Mekah beberapa tahun lalu, kini tampak begitu tenang dan damai. Itulah kurnia Allah, Yang Maha Pengampun, Maha Pengasihani. BERBAHAGIALAH DENGAN KEHIDUPAN BARUMU, DUHAI AMY!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ikon penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi. Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama.Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah MASTIKA sejak tahun 1996.
Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah. Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu.
dia kini berjubah seperti tok guru. bukan lagi berpakaian seperti penyanyi2 rock tahun 80-an!
Ya Asim. C.Nor kagum dgn dia. Bila ALlah memberi hidayah, begitulah, kan?
Post a Comment