Wednesday, December 23, 2009

Setahun Pemergian Ayah

31 Disember ni, genap setahun ayah pergi. tp hati sentiasa merasakan ayah masih ada bersama kami. mungkin kerana kami terlalu sebati dgn ayah, maka setiap hari ada shj cerita2 kenangan bersama ayah timbul. Dalam setiap gerak laku kehidupan kami sehari-hari, watak ayah muncul di mana2. Dan aku sendiri, masih sebak setiap kali ada yg bertanya tentang ayah. Ada kawan2 yg blm tahu bahawa ayah sudah tiada. Bila ada yg bertanya, aku terpaksa menelan airmata, menahan sebak, tak mampu bercerita banyak...Ayah, rindunya aku.

Friday, December 18, 2009

APABILA TUHAN MENGHENDAKI BEGITU....

Menonton al-Hidayah tengah hari ni, airmata mengalir tanpa sedar. Ada cerita mengenai pemilik nama Suhaimi Abdul Rahman yang begitu mengesankan. Tentu tidak ramai yg mengenali nama itu, tetapi jika disebut Amy Search – satu Malaysia kenal dia. Aku peminat lagu2nya. Tapi terus terang, aku tidak suka melihat dia menyanyi, cuma mendengar suaranya shj. Pelik, ‘kan? Alasannya satu je - aku tidak minat lelaki selekeh dan berserabut, rambut panjang, pakaian ketat. Sebab ayah memang anti lelaki sebegitu. (Pengaruh ayah cukup kuat dlm diri kami). Penyanyi rock tersohor itu, penampilannya kini begitu berubah, wajahnya amat tenang, amat menyenangkan hati memandang. Lelaki itu – yang telah menikmati kemanisan iman sejak kembali dari Mekah beberapa tahun lalu, kini tampak begitu tenang dan damai. Itulah kurnia Allah, Yang Maha Pengampun, Maha Pengasihani. BERBAHAGIALAH DENGAN KEHIDUPAN BARUMU, DUHAI AMY!

ROYALTI VS WANG EHSAN








Marah betul rakyat Kelantan bila hak dinafikan...apa lagi bila TGNA diserang...maka beginilah jadinya.Tuan2, sila eja dan baca sendiri banner2 canggih manifestasi jiwa oghe Kelate.

Thursday, December 17, 2009

BRAVO

YAHOOOOOOOO...MALAYSIA MENANG EMAS BOLASEPAK SUKAN SEA...entah kenapa, gembira sgt rasanya, walau pun hanya sempat menjeling-jeling tv je. banyak babak mencemaskan, aku tak minat menyaksikannya. tapi memang perjuangan pemain hebat sekali. Ke'ci'wa betul pemain vietnam. padan muka mereka, menyombong sgt, 'kununnya' malaysia lemah, mereka tak gentar langsung...

Wednesday, December 9, 2009

Oh letihnya!





Malam tadi jam 8.30 kami tiba dari P.Pinang. Berkereta bersama family, setelah melalui perjalanan yg meletihkan hari Khamis lepas dr K.L - aduh, amat perit. Asalnya nak menumpang kwn, tp kerana aku terpaksa ke ofis terlebih dahulu menyelesaikan beberapa perkara, aku meminta mereka bertolak dahulu. Konon nak berteksi ke sana. Tapi baba tak benarkan, bimbang katanya. Terpaksa kejutkan anak2 yang masih tidur, kemas baju mereka segera dan terus bertolak. Kami menginap di apartment yg begitu luas - Krystal Suite, anak2 bukan main seronok lagi. Meeting plak di B Suite, tak jauh. Sepatutnya aku juga menginap di B Suite, tp bila bawa family, aku lbh suka guna duit sendiri menyewa bilik hotel lain.
Selesai meeting, jam 2.00 petang kami bertolak balik. Alhamdulillah, perjalanan yg diberkati Allah.

Friday, December 4, 2009

Lagi Gambar di Majlis Persandingan Uni & Frank





Belum habis masukkan gambar mereka. Ni ada beberapa keping lagi nak abadikan di sini.

Majlis Persandingan Uni & Frank






Baby dipelawa jadi flower girl di majlis persandingan anak Dato' YDP MAIK, Dato' Hj Wan Mohamad Wan Konok dan bos tersayang, Mantan Pemangku Pengarah Pelajaran Kelantan, YBhg Datin Hjh Nik Khatijah Nik Man. KDYMM al-Sultan Kelantan, DYMM Raja Perempuan dan YAM Tengku Amalin turut mencemar duli berangkat ke majlis tersebut yg diadakan di Grand Ballroom Hotel Renaissance. Betapa 'gumbira'nya si bongsuku itu. Bukan main berlagak lagi flower girls tu. Semua tetamu asyik tegur mereka. Selesai majlis pun, tak sedar jam dah lebih 12 malam, masih galak bergambar atas pelamin.

Wednesday, December 2, 2009

Meeting Lagi

Isnin, 30 Nov, ada meeting di Federal Hotel, K.L. Flight penuh, tpaksa minta tolong baba hantar. Tergesa2, sempat bawa adik dan baby saja. Yang besar 2 org tu tak da di rumah.
Raya ke-4, maka sesak la jalan. Dari KB ke Ketereh sj dah makan hampir 2 jam. What a journey. Kul 12 malam baru sampai. Penat. Ingatkan sempat attend sesi malam. Kmarin dah hbs meeting, terus ke Putrajaya. Kakak dan abang tumpang mek kmarin. Esok kami nak bertolak balik pagi2 lagi. Nak balik hari ni tp ma kata hujan terlalu lebat di Kelantan, bimbang stranded tgh jalan plak.
Ahad ni ada meeting di Penang plak dah. 3 hari. Susah hati betul. Tak sempat nak monitor budak2. Tahun depan kakak SPM, abang PMR. Cuti ni mereka btl2 enjoy, tak tengok buku pun.apa nak jadi..

Sunday, November 29, 2009

Dehem Ayah




Rasanya tentu semua orang ada pengalaman dengan dehem ayah. Masa kecik2 dulu dehem ayah menakutkan kami. Setiap kali ayah sampai ke rumah dari luar, ayah akan berdehem - sebagai isyarat kepada kami bahawa ayah dah pulang. Maknanya, sapa2 tengah buat perkara2 yg dirasakan ayah tak suka- akan segera menghentikan perlakuan itu, sebelum ayah naik ke rumah, dan sebelum ayah marah. Kami amat faham itu. Salah satu cara ayah mendidik - supaya tidak sering ayah marah kepada anak2. Kerana ayah agak garang orangnya. Tapi kami sebenarnya bukanlah sangat takut kepada ayah - yang jauh lebih dalam kami rasakan, ialah rasa hormat yang amat tinggi kepadanya. Ayah tidak suka pukul anak - habis marah pun, pulas telinga shj. Rasanya tak ramai pernah ada pengalaman sekali seumur hidup dipulas telinga oleh ayah.
Itulah ayah kami -Allahyarham Muhamad Hj Awang, cinta kami yg kami rindui sampai mati.

Friday, November 27, 2009

Mengenang Ayah




Ayah...malam ni baru boleh kugagahi hati untuk menulis mengenangmu di blog ini. Setiap hari,setiap kali teringatkan ayah, airmata menitik tanpa dapat dihenti. Esok Aidil Adha pertama tanpa ayah, pilunya hati. Selalunya 2,3 hari sebelum raya, ayah akan bertanya, tempah makanan apa untuk makan pagi raya. Aidil Fitri terakhir ayah, aku terlupa tempah roti jala kegemaran ayah. Terkilannya rasa. Tapi 2 hari lepas tu aku tempah dan ayah sempat merasa, walau pun sedikit sahaja ayah makan. Masih terbayang di ruang mata, ayah makan dengan begitu sukar, payah menelan, ayah kata. Tiada lagi rintihan ayah, tiada lagi panggilan ayah...setiap kali balik kerja, bila melintas tepi katil ayah, ayah akan terus panggil..."Nuri ke tu"...duduk tepi katil ayah sekejap pun tak apa. ayah cuma nak bertanya beberapa patah ,lepas tu ayah akan diam, kelelahan. cuma memandangku lama2, dalam2. Begitulah ayah, 2,3 tahun sebelum pulang ke pangku Rabb. Esok kami akan menziarahi pusaramu ayah...betapa kami rindukan suara ayah, dehem ayah, gurau ayah - segala2nya tentang ayah!

Wednesday, November 25, 2009

KENDURI KAK IJAH


Telatah..



Katil Beradu Kami Yg Di'convert' Seindahnya...



Selamat Berbahagia Ijah & Razi


Majlis kenduri kedua di rumah kami - adalah kenduri kawin Kak Ijah. Pada tarikh 10 Disember 2008. Sangat meriah, sangat menggembirakan semua orang. Nak abadikan gambar2 sekitar majlis tu pulak. Iju tunggu dulu...ikut turn tau.

NKRA oh NKRA

Sekali air bah sekali pantai berubah. Dulu sibuk dengan Islam Hadhari, sekarang kalut dengan NKRA pulak. Maka banyak la kena meeting. Sebulan adakalanya 3X kena outstation. Tambah2 bila dilantik sebagai salah sorang AJK NKRA peringkat KPM. Pagi2 kemarin 6.45 dah terbang, malam ni pulak 10.30 baru balik. Dah habis meeting tp tak ada flight awal, raya haji punya fasal. Ni dok melayan boring di rumah Mek..boleh la update blog. Raya ni tak sempat pun gi tempah baju untuk anak2. Ingat pakai mana ada je. Tp kesian pulak budak2. Esok msh sempat lagi gi beli sehelai dua nampaknya.
Meeting 2 hari, berasap kepala. Buat kertas kerja, mcm2. Minggu depan, 30 Nov - 1 Disember ada meeting lagi di Federal Hotel Kuala Lumpur. Boleh la datang ramai2 nanti. Berkereta. Year end sale, boleh shopping sikit. Especially kasut sekolah abang, yang saiznya susah nak dapat di KB. Apa taknya, saiz 11. Besar sungguh kaki budak Cina sorang tu. Paling tinggi dalam rumah pun, dia la. Nasib baik control handsome, tak gemuk. Kakak pun jeles, tiba2 je abang dah jauh lebih tinggi darinya. Adik apa lagi, paling kecik. Hampir sama saiz dengan baby. Dia lagi jeles kat abang.Takpe dik, belum sampai masa adik besar. Kan ayah selalu kata, kecik takpe, asalkan otak cerdik dan geliga. OK anak2, tunggu ummi di airport malam ni.



BUDAK CINA KAKI PANJANG...


SAIZ MEREKA 3 TAHUN LEPAS(Perut baba pun saiz baru sekarang..hehe.jgn marah ba..)



ANAK KAMI YANG EMPAT...Kecintaan kami



DI TEPI LAUT PULAU PANGKOR..macam2 pesen dan gaya

Wednesday, November 18, 2009

THE FLOWER GIRLS 2





THE FLOWER GIRLS 1






Gelagat flower girls yg mengkalutkan lagi suasana kenduri hari tu..Walaupun cuma 4 org, tp bukan main jenuh melayan kerenah mereka, ngalahkan pengantin. Sian Cik Yong.

DIA...MY DEAREST





Yang tercinta. Suami dan bapa yg tersgt baik, teramat pengasih dan penyayang, prihatin - dialah segalanya. Mottonya - FAMILY FIRST. kami bertuah punya dia. Terima kasih atas cinta dan kasih yang dicurah, jazakalLah atas segala pengorbanan Baba kpd ummi dan anak2.

Tuesday, November 17, 2009

UTI & KADIR 2





Tak jemu mengabadikan gambar2 mereka dalam blog. Rindu pada Uti yg kurus kecik dan amat petah mulutnya dulu. Dah besar rupanya. Dah kawen pun rupanya dia.