Wednesday, May 2, 2012

Lama sekali baru saya menjenguk laman hati saya ini..tiba2 teringat sgt2 kpd arwah ayahanda menyebabkan saya tidak dapat menahan diri selain mencoret sesuatu di sini. anak2 sering membuka apa shj cerita tentang ayahanda,membuatkan saya menelan air liur menahan sebak yang menerpa. begitu kuat rindu dan ingatan kepada ayah, setiap kali terkenang saya tidak mampu menahan airmata. hidup bersama ayah begitu lama, kami sebati.setiap hari bila berpeluang berbual santai,banyak cerita, panjang pengkisahannya. ayah selalu kata, ayah 'degil' dalam membesarkan,mendidik,memberi pelajaran kepada anak2..dan kerana kedegilan ayah itulah, kami berjaya hari ini. tiada ayat yang mampu kami susun untuk menggambarkan rasa terima kasih kepada ayah..hanya syukur yang dapat kami ucap,dan doa yang tidak pernah putus2 kepada ayahanda di sana.

Friday, October 28, 2011

adik ateef yg selalu lelah..

d maran,sy demam.adik ateef jg diserang asma..menyebabkan kami mmbuat kputusan ke putrajaya krana prjalanan yg lbh singkat..d putrjya,adik makin truk lelahnya.selasa kami trpaksa brtolak balik,banyak krja yg menunggu d pejabat.sepanjang prjalanan,adik lelah,tiba d gua musang kami trpksa mmbawa adik ke hospital..selepas diberi ubat sedut,,adik ok.doktor berpesan jika adik diserang asma lg,kami kna sggah di hosp kuala krai pula...tp kluar shj dr bilik kcemasan,adik mengadu kakinya trasa lemah dan dadanya berdebar kuat..kami mneruskan jg prjalanan balik.tp dr g.musang ke k.krai adik muntah berkali2..nadi adik sgt kuat,dada adik brdegup kencang..Ya Allah,bimbangnya..trasa sgt lama prjalanan GM ke KK.smpai shj d KK,kami trus bawa adik ke klinik sahari..doktor mngatakn jantung adik sgt laju, mungkin ksan ubat lelah..setelah diberi ubat,adik brtambah baik.kami singgah d rmh kak long,adik tidur..jam 11 brtolak balik...akhirnya pukul 1.30 pagi rabu barulah kami tiba d kg huda..syukur pd-Mu ya Allah atas perjalanan yg selamat walaupun pelbagai rintangan kami tempuhi.

pagi jumaat yg mendung..

lama betul sy tidak menjenguk laman ini..
pagi jumaat ini,hujan tidak berhenti..musim bah sudah mula.mendung,tiada cahaya mentari..kami sekeluarga baru shj pulang dr maran-putrajaya..sejak jumaat d sana.malam sabtu bermalam d hotel cityview kuantan..hajatnya nak ke gambang bawa anak2 berlibur tp hujan yg tidak brhnti membantutkan perancangan kami..akhirnya kami hanya shopping d berjaya megamall kuantan,bersebelahan dgn hotel.melihat anak2 muda yg melepak di situ,hati sy sedih sndiri..anak2 melayu yg mmbuang masa,dgn fesyen rambut dan pakaian yg pelik,sy gundah..apa mau jadi kpd generasi pewaris kita?apa nasib mereka nanti?identiti diri tidak mereka kenali,mereka begitu keliru..ilmu mereka bagaimana?agama?oh,nampaknya mrk jauh dr itu semua..Ya Allah,jagalah kami dan seluruh keturunan kami dr mihnah dunia....

Friday, July 29, 2011

saya boring..

mlm ni saya agak boring..anak2 dh tidur,huby lena awal jg.mata sy je yg blm mengantuk..mlm td sy sgt letih..rabu mnggu lpas sy meeting d putrajaya,pergi pagi balik ptg..rabu mnggu ni pun sy meeting lg d k.l pula.kmarin khamis 28hb sy balik.harap2 bulan puasa nnti sy tidak perlu keluar.kesian anak2,penasaran mereka jika sy tiada..hubby apatah lg..sahur mereka tntu kesepian.tak lalu makan..sy dh terasa sedih membayangkan.ya Allah,permudahkan urusan kerja sy.

Wednesday, July 13, 2011

kadang2 saya hilang sabar..

...tetapi ia tidak bermakna saya tidak berhati perut..dlm majlis menandatangani perjanjian bantuan geran tadika swasta td,saya mungkin agak emosional..tuan ketua sektor pun begitu.mana tidaknya,mereka dipanggil untuk menandatangani perjanjian setelah diberi bantuan geran RM10,000,tetapi ada juga yg tidak hadir..mentang2 duit bantuan dah masuk.saya tegaskan,tolong beri kerjasama,permudahkan kerja kami..kami dah mencadangkan tuan2 utk dapat bantuan tersebut.tetapi alangkah susahnya nak dapatkan kerjasaam setelah wang bantuan dah masuk.tolong saay utk tolong tuan2.kami tidap dapat sesen pun..kami sedih bila urusan kami utk mmbantu tidak diambil endah..

Tuesday, July 5, 2011

Adek yg Kecik..

..tp otaknya dan jiwanya besar..adek dh dpt 5A pd UBB ketiga.sedangkan ETRnya 4A 1B..adik bermula dgn TOV 1A,3B dan 1C. UBB1 adek dpt 1A dan 4B..tp pd UBB2 adek dah mula tnjuk hebatnya- 4A 1B..adek dpt naik kelas prtama.saya tidak setuju,bimbang adek tidak dpt tumpu, tp adek berkeras..ok,kalau adek yakin,teruskan..dan saya bangga, UBB3 bulan jun, adek dh dapat 5A..maths 95, BMP 93..dan sebentar td adek kata..'cikgu rozman kata,senang je nak dpt A subjek sains...bahagian A kena baca buku byk2,bhgn B kena buat latihan byk2..."tp adek tak buat semua tu kan?ok.lepas ni kena praktik tu semua.sbb markah sains cuma 84..itu namanya A kurus.

Friday, June 24, 2011

blog ini..

saya sgt jarang menlis blog..saya ingin blog ini jd kenangan abadi kpd sy dan family..ttpi krana ksibukan krja yg tak prnah surut,sy lgsung tak punya pluang utk menulis d sini..apa pun,saya akan cuba sntiasa update blog ini agar bila anak2 dewasa nnti,mereka jadikn ini sbg pelepas ridu kpd zaman kanak2..sy akan cuba menulis byk2 ttg anak2 dan baba mereka yg sgt baik - suami sy yg sntiasa berkorban apa sj utk kami..lelaki saya itu, hebat.

GUILTY CONCIOUS...

sejak selasa,saya keluar lg..kali ni ber'meeting' d K.L.hari ni,jumaat 24hb jun baru selesai..bbrapa hari sy meninggalkan rumah,ksian anak2,terutama adek dan baby yg sdg exam prtengahan tahun..mlm td adek call,sebhgn result dah dpt..adek dpt 95 utk maths, 93 bmk dan 84 for science..umminya sgt gmbira..adek mnunjukkan peningkatan yg bgtu hebat akhir2 ni..dr kelas ke-3,adek naik kelas ke-2,dan skrg d kelas prtama,adek trus cemerlang.tak sngka,dlm nakalnya, adek tumpu jg..saya sudah lali mendengar komen ckgu2 adek ttg tidak fokusnya adek dlm kelas..sejak djh 1.tp d tahun 6, adek sedar..adek kata.."Allah bagi adek sedar awal.."padahal tak awal mana puuun..anyway,maafkan ummi selalu tinggalkan anak2..harap anak2 redha.ummi tahu dan yakin baba mmg redha dgn ummi...kan baba?walau apa pun,rasa bersalah ummi tetap ada.

Tuesday, June 7, 2011

saya perlukannya...

ya,berkali2 saya nyatakan,saya perlukan kelapangan.saya perlukan rehat.saya ingin becuti bersama keluiarga,tetapi sehingga 'afaaf saya menyambung semula pelajarannya,kami belum pun berkesempatan utk itu.Ya Allah,berikan kami kelapangan.

Saya Perlu Berehat..

hari ini,saya terpaksa bercuti walaupun kerja d ofis sgt byk..saya tidak sihat.badan saya memberi signal yg tidak baik.maka saya perlu memaksa diri untuk tidak ke pejabat.adakalanya saya perlu memejamkan mata.memekakkan telinga,demi kesihatan saya,demi keluarga saya.semoga Allah memberikan kelapangan kepada saya selepas ini.

Friday, June 3, 2011

begini rupanya rasa rindu kepada anak...

saya selalu meninggalkan anak2 bila keluar bermesyuarat..tetapi saya tidak pernah merasa ditinggalkan oleh anak2..bila saya meninggalkan mrk,mmg saya merasa rindu yg amat sangat..tetapi saya lega kerana saya tahu mereka selamat dan terjaga rapi d 'tangan' suami dan kedua ibubapa saya..namun kali ni,anak sulung saya telah meninggalkan saya kerana menyambung pengajiannya..sangat dahsyat perasaan rindu yg saya alami,tak tertanggung sehingga beberapa kali saya menangis terisak2,tidak kira siang dan malam..ya,begini rupanya menanggung rindu kpd anak yg kita kandung berbulan2,yg kita susukan bertahun2,yg kita jaga dgn rapi selama ini..Allah,berikan saya kekuatan.

saya masih sibuk dan sibuk..

jumaat,3.30 ptg,3 jun.saya msh bermesyuarat d seremban.saya tak tahu sampai bila saya akan terus sibuk sebegini.jadual mesyuarat sterusnya pun dah diberi.adik ateef nak exam UPSR.tak sempat pun nak monitor betul2..semoga Allah mmberi saya kelapangan lepas ni.

Anakanda Sulungku..

Afaaf....itulah dia..telah pergi menyambung pelajarannya ke UIA..tempat d mana dia membesar dulu..celik mata d situ,menangis,meraung di nursery,belajar merangkak dan bertatih pun d situ...sekarang kesayangan saya itu telah kembali ke tempatnya.saya gembira dlm sedih.

Saturday, April 2, 2011

Result anak2 tersayang..

akhir tahun lpas, abang trima result PMRnya..8A n 1B..dh cukup bagus la tu.walau pun ada riak kecewa d wajahnya,tp bagi kami berdua,itu kami syukuri..mengenangkan saat2 bbrapa kali kami dipanggil jumpa guru2 kerana pencapaiannya yg teruk,malah percubaan pun msh dpt 2A n few Cs,8A sudah blh kami banggakan.dan skrg abang telah kami tukarkan sekolahnya ke SMKA falahiah,kerana di SMK Dato ahmad maher tidak ditawarkn b.arab,pendidikan quran sunnah dan pend syariah islamiah perngkat SPM.sayang betul..kalaulah dia blh stay di SMKDAM..apa nak buat.mmg tujuannya dr awal pun utk mnghantar abang ke sekolah agama,tp krana abang tidak ingin tggal d asrama,dia ditempatkn smntara d SMKDAM..janji kami kpd ayah masa tu,lpas PMR abang akan ditukarkn ke sek agama smula.kami tahu,ayah gembira dgn kputusan kami skrg,walau org lain ada yg merasa pelik dgn tindakan kami ini..dan kami tahu serta kami yakin,ayah sdg mndoakan abang dan kami semua dr sana...
23mac pula, kakak dpt result SPM..8A jg..ohhhooo...mmg dia dh mnjangkakan resultnya sjak awal,dan kerap kali mengingatkan kami supaya tidak kecewa jika dia dpt 8A.tak pe la kakak.asalkan anda bahagia dan lbh berjaya..itu semua bukan utk kami,tp utk masa depan kakak jg.harap2 kakak brjaya mendapat kursus TESL dan mnjadi guru spt ummi nnti.ALHAMDULILLAH...hanya aku yg kurang mensyukuri nikmat-Mu Ya Allah..

Friday, January 28, 2011

KESIBUKAN YG TAK PERNAH REDA...

Hari ni dah 28 januari 2011..cepatnya masa berlalu. tapi kesibukan tak juga reda2..ingatkan di awal tahun boleh la relax skt.majlis penyampaian bantuan yuran prasekolah swasta yg bermula isnin di gua musang, bersambung dgn pasir mas dan tanah merah kemarin..sgt meletihkan tp gmbira kerana semuanya berjalan lancar..esok d tumpat.ahad ke k.krai menyelaras majlis d sana pd 8 feb nnti.lusa ke t.merah membereskan bantuan di sana.bila nak hbs sibuk ni?komitmen kpd Rukun Tetangga kampung jg perlu dipikul..kalaulah blh tarik diri.alangkah bagus.malam td,selesai majlis ramah mesra bsama tuan OCPD KB yg baru, ahli Jiran Wanita meronda kawasan. yg seronoknya Pengarah Jabatan Perpaduan n Integrasi Nasional Kelantan, Tn Hj Abdul Hadi Hj Salleh n Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Tuan Azham turut meronda bersama kami.Satu penghormatan kpd kami di KRT Demit ini, satu2nya KRT di Malaysia yg ada rondaan Jiran Wanita..selesai meronda jam 12.30. pagi ni pulak,jmaat ada meeting AJK Akademik Darul Aitam Majlis Agama Islam n Adat Istiadat Melayu Kelantan.banyak yg dirancang utk tahun 2011.semoga anak2 yatim itu lebih cemerlang nnti..dan semoga kerja buat yg kami ikhlaskan kerana Allah ini akan mendapat ganjaran,mudah2an Allah memelihara ahli keluarga kami atas apa yg kami lakukan ini, aamiiiin.

Tuesday, December 7, 2010

Dah Hampir ke Penghujung...

2010 bakal berlalu..tahun yg penuh kesibukan,terlalu banyak kena keluar outstation,kakak 'afaaf SPM,abang 'afeef PMR,baba pulak perlu menyiapkan beberapa buah rumah yg memerlukan komitmen yg tinggi. Kesian baba dan anak-anak..nasib baik skg cuti..tp sekolah adik 'ateef dh mula extra class.si kecil itu dh nk masuk tahun 6 rupanya.masih manja tak hbs2.bertempek pada ummi je..
mggu depan 13-15hb meeting lg d hotel putra, 16-18 di putrajaya.lpas tu di trengganu pula..20hb kakak baru habis exam..cadang nak bercuti,tp sempatkah?

Sunday, June 20, 2010

Happy Fathers' Day

hari bapa tiba lagi.tak terucap rasa penghargaan dan terima kasihku kepada arwah ayahanda tercinta - ALLAHYARHAM MUHAMAD HJ AWANG,seorg bapa hebat yg tak ternilai kasihnya terhadap anak2.sbb itulah sepjg hidupnya, ayah berjuang memberi pelajaran kpd anak2.malah ayah juga cakna kpd anak org lain, sentiasa berkempen supaya ibubapa menghantar anak ke sekolah agama.saham dunia akhirat katanya. betapa kagumnya dengan ayah, betapa bangganya jadi anak ayah..
selamat hari bapa juga kepada suamiku - baba 'afaaf,'afeef, 'ateef dan 'ateefah..yg menjaga kami dgn begitu sempurna, yg mengasihi kami sepenuh jiwa raga..anak2 selalu kata, "baba kita terlalu baik".baby kata"ummi rugi kalau tak kawen dgn baba dulu..sbb baba baik sgt".terima kasih atas segalanya.suami yang baik,bapa yg baik adalah anugerah Allah.Alhamdulillah.

Saturday, June 19, 2010

Percubaan Kedua

Dah hampir setengah tahun tak update blog ni.so, ini percubaan kedua nak buat comeback.tengah hari td gi kenduri rumah YBhg Dato' Solah (Ketua Pengarah JPJ) dan Datin Kak Na.Sampai je, tgk siti nurhaliza tgh nyanyi.apalagi, afaaf (dan umminya) sgt seronok la.sempat lagi ambik gambar2 ct nyanyi dan gmbar dato' K skali yg hanya tersenyum memandang isteri dikerumuni.banyak betul kenduri kendara cuti sekolah ni, hari ni yg plg best nampaknya.nanti nak masuk gambar2 kat sini. sempat jugak ambik video, tp tunggang langgang. org ramai sgt la.

Monday, February 8, 2010

Kembali






Januari 2010 dah berlalu. Februari juga sudah seminggu menjengah. Baru malam ni berpeluang mencatat sesuatu di laman ini.Kesibukan yang tak sudah - kerja yg tak pernah surut, anak2 yang nak menghadapi peperiksaan besar - kakak dgn SPM dan abang bakal berhadapan dgn PMRnya, menghasilkan kekalutan tak sudah. Rabu Khamis baru ni mengiring pegawai KPM melawat tadika untuk pemberian geran NKRA. Sebelum tu ke beberapa PPD - program kutipan data, mengurus kursus - oh...
Akhir Januari - 24 dan 25hb, bersama YBhg Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah KArim serta beberapa Profesor dan ahli2 PUSPA yang lain, mengikuti program mereka bersama pelajar sekolah dan anak2 yatim anak angkat PUSPA. Sangat penat menguruskan segalanya tetapi keseronokan berada dalam kalangan bijak pandai, insan2 hebat itu menyebabkan segala kepenatan hilang. Tambah2 bila keesokannya menerima SMS terima kasih daripada mereka...Prof Datuk Nik menulis "Ribuan terima kasih atas bantuan. Berjaya program kami kerana puan..." Terasa teramat dihargai. TAk perlu pun kata2 itu, kerana diri terasa amat bertuah berada bersama mereka. Prof Datin Rahimah Ahmad juga mengirim SMSnya,"Salam, Norina.Terima kasih atas segalanya dan maaf jika ada yang tak kena...we are committed about making education in Kelantan the best. Always willing to 'bangunkan anak2 Kelantan' especially students." TQ Datin. Merekalah antara anak watan Kelantan yg amat berjasa dan sentiasa bersedia membantu anak2 Kelantan. Mereka menyumbang tak kira masa, tenaga, wang ringgit. Majlis forum yang dianjurkan sgt bermanfaat.Pelajar2 fokus. JazakumuLlahu Khairal Jaza'...Allah sahaja yang mampu membalas segala budi dan jasa.

Wednesday, December 23, 2009

Setahun Pemergian Ayah

31 Disember ni, genap setahun ayah pergi. tp hati sentiasa merasakan ayah masih ada bersama kami. mungkin kerana kami terlalu sebati dgn ayah, maka setiap hari ada shj cerita2 kenangan bersama ayah timbul. Dalam setiap gerak laku kehidupan kami sehari-hari, watak ayah muncul di mana2. Dan aku sendiri, masih sebak setiap kali ada yg bertanya tentang ayah. Ada kawan2 yg blm tahu bahawa ayah sudah tiada. Bila ada yg bertanya, aku terpaksa menelan airmata, menahan sebak, tak mampu bercerita banyak...Ayah, rindunya aku.