Saturday, November 14, 2009

RUMAH KAMI










PT 1118. Kg Huda. Jln Sultan Yahya Petra. Inilah rumah kami. Yg siap dibina sejak 2003. Tp baru skrg berpeluang tinggal di sini. Dulu rumah ni jadi tempat persinggahan saudara dan rakan2 dr jauh, yg kerkunjung ke Kelantan. Sblm ni bertahun2 kosong. Sejak kawin, kami tinggal bersama ayah dan ma. Walaupun dah punya rumah sendiri, ayah tak benarkan kami pindah. Kami pun tak sampai hati meninggalkan rumah ayah. 5 bulan setelah ayah pergi pd Disember 2008, kami mula menghuni rumah ini. Balik kerja, ambil ma untuk tidur di rumah kami. Begitulah rutin skrg. Hari ni, Sabtu, mlm td ma balik tidur rumahnya bersama Hannan.
Dan di rumah inilah juga tempat berlangsungnya kenduri 3 anak saudara tersayang - Uti ,Kak Ijah dan Iju..Selamat berbahagia, anak2.

Friday, November 13, 2009

AKSI2 BERKAYAK





Lagak je lebih. Kayuhnya tak seberapa, menyusahkan org ada. Kesian En Lutfi, terpaksa 'mengasuh' ambo, separuh mati dia berkayuh.sapa suruh dia paksa ambo join?tp sebenarnya ambo takut juga, nanti Pengarah BPS, Pn Ee Hong komplen, ada peserta yg tak join semua aktiviti.(Shhhhhhh..sampai tengah laut, kami terpaksa ditunda oleh bot yg membawa Puan Pengarah...En Lutfi dah tak larat sgt..tp tak lama, kami dilepas semula untuk berkayuh sendiri)
jumpa dia masa meeting di BPS baru ni, riuh dia cerita gelagat ambo kat kwn2 yg tak join. malu ambo, tp tetap control comel....

Wednesday, November 11, 2009

TEAM BUILDING BPS KPM






April lepas, dapat surat dari BPS - semua ketua unit pendidikan swasta negeri kena ikuti team building di pusat ko pulau pangkor.Aduh, punya la takutnya. Dah agak, tentu aktiviti2nya lasak. Ambo ni penakut tahap maksimum. Tp takleh tarik diri. SO, belayarlah ambo ke sana.
Time ice breaking, ambo dah teruk juga kena. Esoknya, ada aktiviti kayuh basikal naik bukit, pastu tinggal basikal, panjat bukit pulak. Sampai tepi laut, kena berkayak. 5km lebih jauhnya. YAng ni ambo tarik diri, takut kena serangan asma masa tengah kayuh. Tp En Lutfi insist suh ambo try jugak, dia kata takpo, berpasangan dgn dia, dia yg akan kayuh, "demo kayuh skt2 jah",katanya. setelah lama jugak berfikir, ambo terpaksa akur. Maka berkayaklah ambo for the first time 'since birth'. Lucu melihat aksi2 peserta spjg program. Best betul program tu, nak join lg rasanya, tapi ambo tak nak buat aksi stunt lagi.Nanti ambo masukkan posting seterusnya pasal gayut2 ni.

Tuesday, November 3, 2009

BERCUTI BERSAMA MA DI LANGKAWI






Seronok betul kami dapat bercuti di Langkawi baru2 ni. Ma dan Hannan ikut sekali. 2 malam di Hotel Langkasuka, round2 pulau, shopping, makan2, budak2 sgt enjoy. Walau pun masa sampai Bi demam teruk, ma pulak batuk, Alhamdulillah pastu semua ok. Dah lama nak abadikan gambar2 percutian tersebut dlm blog ni. Malam ni baru berkesempatan, ni pun sbb tak lena tidur sorang2 rumah ummi long di Putrajaya. Baru balik meeting yg amat meletihkan dari jam 9 pagi sampai jam 9 mlm di Bilik Hidayah, BPS....

Saturday, October 31, 2009

ANAK-ANAK TERCINTA








'AFAAF.'AFEEF.'ATEEF.'ATEEFAH.Mereka anugerah Allah. 4 orang cahaya mata yang kian membesar - kakak dan abang yang dah menjejak alam awal remaja, adik dan baby yang mcm kembar, Alhamdulillah tidak banyak kerenah mereka. Peluang tinggal bersama ayah dan ma selama hampir 17 tahun, menjadikan anak-anak mendapat didikan langsung dari datuk dan nenek mereka. Yang paling ketara, kesan tarbiah itu, mereka semua sgt mudah mengasihani orang lain. Tahap tolak ansur dengan kawan-kawan cukup tinggi. Mereka tidak betah melihat kawan-kawan yang miskin. Mereka akan balik bercerita dan meminta kami menghulurkan bantuan kepada rakan2 yang tidak bernasib baik itu. Seawal di darjah 1, setelah beberapa bulan memulakan persekolahan, kami mengesan wang saku kakak 'hilang' 50 sen. Bila ditanya, rupanya dia memberikan duit kepada kawan sekelasnya yang 'kakak kesian sgt, sbb dia miskin, rumah tampal dengan surat khabar, ummi..."(versi kakak masa tu). Abang, adik, baby pun begitu, wang saku sering dikongsi dgn kawan2 yg kurang bernasib baik. Masa di darjah dua, adik balik bercerita ttg Shah - kawannya yg punya 9 adik beradik, tetapi terpaksa tinggal bersendiri kerana perceraian ibu bapa, pada usianya seawal 4 tahun. Hanya dibesarkan oleh kakak2 dan abang2. Ibu dan bapanya kahwin lain, dan pasangan masing2 tidak dapat menerima anak2 yg ramai. Setelah diselidik, Shah rupanya tinggal berhampiran di Kg Huda, jadi, kami sentiasa mengajaknya ke rumah agar dia sekurang-kurangnnya merasa punya keluarga. Adik sgt hepi. Begitulah anak-anak, yang amat kami cintai..

Tuesday, October 20, 2009

Lamanya....

Ya, sangat lama tak update blog ni. Kesibukan kerja, sakit ayah, sehinggalah ayah pergi...menyebabkan hati berat untuk menulis. Kesedihan yang terlalu mencengkam, membawa kebuntuan. Tapi dah berjanji pada diri sendiri tidak akan membiarkan blog ini bersawang lagi...