Friday, September 26, 2008

Ramadhan dah nak pergi...

Beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Pasti akan terasa rindu menanti Ramadhan seterusnya. AlhamduliLlah Ramadhan ini dapat dilalui dengan sebaiknya...Melayan telatah anak-anak berpuasa, terutama adik dan baby adalah pengalaman yang amat manis. Adik dapat puasa penuh setakat ni. Baby dah 11 hari tinggal puasa, sejak demam hari tu. Keseronokan berbuka bersama sangat indah. Kalutnya melayan kerenah si kecil 2 orang tu..malah yang dah besar, kakak dan abang pun, butuhkan layanan serupa, asyik dengki dengan adik-adik..Bila 2 kali kena outstation di bulan puasa, amat perit terasa. Kesian baba, terpaksa bersendiri melayan anak-anak...Terima kasih suami tercinta. Dirimu anugerah terbesar dari Allah buatku. Suami yang baik, yang memahami dan setia di sisi sepanjang waktu...adalah satu dalam berjuta...syukur atas kurnia-Mu ini Ya Allah. Cinta baba memayungi keluarga kita..Keprihatinanmu mengatasi segala. Anak-anak, kenangkan jasa baba sampai bila-bila..dan doakan agar baba sentiasa sihat. Sesungguhnya anak-anak, kita amat bertuah dinaungi nikmat cinta baba..

Thursday, September 25, 2008

Mak Wan dah tiada...

Petang tadi, genap seminggu selepas pemergian guru tersayang, aku menghadapi dugaan kehilangan lagi. Kali ini nenek suami tersayang, yang ku panggil Mak, telah pergi menghadap Ilahi. Aku dikunjung kesalan lagi, tidak sempat menjenguknya di bulan Ramadhan ini..tidak sempat memotong kukunya buat kali terakhir...sebagaimana yang sering aku lakukan..arwah amat seronok bila aku memotong kukunya. Agaknya dia terasa dimanjakan...setiap kali mengunjunginya, dia akan memeluk dan menciumku, berkali-kali, seolah-olah tak ingin dilepaskan..dan dia akan berulang kali pula menyatakan betapa dia merindui aku...betapa dia teringin melihat aku...kebiasaan itu tak akan ada lagi selepas ini...nikmat dakapan dan ciuman seorang nenek tua itu tak akan dapat ku rasai lagi..AlFatihah buat Mak tercinta, tenang dan damailah di sisi-Nya...segala kenangan dan kasih sayang Mak ku kenang sampai bila-bila...dan kita akan pasti berpeluang menyambung semula kasih dan sayang ini, DI SANA nanti..

Tuesday, September 23, 2008

Mengenang guruku lagi...

Setiba dari KLIA petang Jumaat lepas, aku terus berkejar ke rumah arwah Cikgu Nawi, menemui keluarganya yang telah kuanggap bagaikan saudaraku sendiri..Menatap wajah Kak Jah, aku sendu...Ya Allah, kurniakan ketenangan dan kesabaran kepadanya menghadapi dugaan kehilangan ini...dan esok genap seminggu arwah kembali ke alam baqa' , mengadap Yang Maha Pencipta. Aku masih sebak tak sudah...di hati yang paling dalam, aku teramat mengingatinya. Mungkin jika aku sempat menatap wajahnya buat kali terakhir, aku tidak begini...hanya doa yang mampu menenangkan sedikit perasaanku. Setiap kali teringat, air mata tidak mampu ku tahan. Esok aku akan mengunjungi rumah arwah lagi, buat mengubat sedikit rasa kehilangan di hati isterinya..dan di hatiku jua. Aku juga seorang guru kini, dan aku makin sedar betapa seorang guru yang baik dan prihatin memberi kesan emosi yang abadi dan amat positif kepada anak didiknya..membuatkan aku sentiasa berazam dari hari ke hari untuk menjadi seorang guru yang lebih baik dan baik.. Tetapi entah bila aku akan berpeluang mengajar, mengasuh dan mendidik di medan sekolah semula????

Sunday, September 21, 2008

Ayah Oh Ayah...

Jam 9 mlm ni, gi ambik Abe La di airport. Dia balik menjenguk ayah..Yang makin hari makin lemah. Sayu hati ini melihat tubuh keringnya, terlantar, memanggil-manggil jika tiada siapa berhampiran. Aku sering terbayang wajah dan kudrat ayah di waktu sihatnya, seorang yang penuh semangat..terutama bila berbicara soal pendidikan. Dialah hero sebenar hero, tidak pernah jemu 'mempromosikan' ilmu pengetahuan, sentiasa menggalakkan siapa sahaja untuk mencari dan menuntut ilmu. Bukan kami anak cucunya sahaja di'syarahkan'..malah tidak kira kepada siapa pun, bila sahaja berkesempatan, beliau mengutarakan idea-idea bernasnya tentang kepentingan ilmu. Ayah juga seorang yang kuat membaca. Setiap hari, sebelum tahun 1984, dengan berbasikal, (dan selepas itu kakak kami membelikannya motorsikal) beliau akan ke pasar membeli lauk pauk dan kembali dengan senaskhah akhbar Utusan Melayu - akhbar Jawi, yang tidak pernah miss untuk dibeli. Sebab itulah kami anak-anaknya mahir membaca jawi sejak kecil. Dia akan berpesan kepada penjual akhbar supaya menyimpan senaskhah untuknya, bimbang kehabisan. Dan seringkali juga ayah bertukar tempat membeli akhbar semata-mata marah kerana penjual telah 'terjual' semua Utusan Melayu menyebabkan ayah terlepas membacanya...Itulah ayah kami, pejuang sejati, Muhamad Hj Awang, yang kini terlantar sakit tua, tetapi tetap bersemangat dengan agenda pendidikannya, walau pun dengan nafas yang tersekat-sekat. Allahummaghfir Lahu.

Exam?...O My God!

Malam ni kakak ada individual tuition, for Maths. 3 minggu je lagi kakak nak exam PMR. Kita pulak yang nak demam, bukan dia, yang masih relax manjang. Alangkah risaunya hati seorang ibu ini. Rasanya masa aku sendiri nak exam dulu, tak pernah pulak 'gedebar perut' macam ni. Agaknya mak bapak aku jugak la yang tolong gedebar..hehe. The world is ssssoooo round. dulu aku meng'gedebarkan' ma dan ayah, now it's my turn di'gedebar'kan oleh anak. Mak orang lain rasa mcm apa yang aku rasa ke? Anybody, please help.. Lower down my blood pressure, pls.

Iftar 20 September 2008


Hari ni buka puasa tanpa baba, adik dan baby...yang ke rumah mok di Beris hantar Su. Minggu lepas kami balik rumah mok, adik 'lokoh cat' di pipi...terlanggar pokok kelapa depan rumah mok..Bila ternampak wajahnya yang pucat dan berdarah, aku terkejut dan bertanya kenapa? "Mula-mula adik hambat biri-biri, pastu biri-biri hambat adik. Adik terkejut, adik lari tapi tak nampak pokok 'nyo' depan, adik tepuh pokok nyo"..."Nape adik hambat biri-biri?" "Adik nak jamah bulu dia, adik geram tengok sebab tebal".Hahaha.. Padan muka biri-biri.PAdAn muka adik, kan? Sila tengok muka orang 'lokoh cat' maacamana...
HAHAHA...(term 'lokoh cat' ni pun ada ceritanya.Kenangan dengan ayah. nanti di posting yg lain akan di'bbarikan'...

Saturday, September 20, 2008

Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Nawi Mohamed

Life and death is by God's will…
Awal pagi Khamis 17 Ramadhan 1429 bersamaan 17 September 2008, aku terima sms mengejutkan dari Zi; "cikgu Nawi meninggal malam tadi lepas maghrib"...InnaliLlah. (Arwah adalah guru Bahasa Inggerisku 1984 - '85 semasa aku di SMKA Naim Lil-Banat Kota Bharu). Aku berada di Hotel De Palma S.Alam, menghadiri mesyuarat sehingga Jumaat, mana mungkin berkesempatan menatap wajah guru tersayang buat kali terakhir...guru yang begitu besar jasanya, yang tidak terbalas olehku. Dia bagai seorang bapa yang senantiasa menunjuk arah, menentu hala tuju dalam hidupku. Setiap kali aku tersesat, dialah tempat kutuju, meminta nasihat, mohon pedoman..
Airmata tidak dapat ditahan lagi,disusuli kesalan demi kesalan kerana sudah lama aku tidak menjenguknya. Patutlah seminggu dua kebelakangan ni hati sering teringatkan arwah. Tetapi komitmen kerja dan family membuatkan aku mengabaikan rasa hati aku sendiri, yang telah membuat aku kesal tak sudah kini. Kalaulah...kalaulah aku jenguk dia walau sekejap,tidaklah aku merintih begini. Airmata belum mampu ku keringkan.
Aku terus menelefon suami meminta segera ke rumah arwah dan Alhamdulillah dia berada di sana sehingga arwah selamat disemadikan. Pergilah duhai guru, bakti budimu yang tidak terhitung pasti dihisab-Nya, dan menjadi bekalmu meniti Sirat.
May Allah bless your soul, dearest Cikgu.... you are gone from our eyes, but will always be there in our hearts, in our prayers.







Friday, September 19, 2008

1,2,3, mula!

AlhamduliLlah, hari ni berpeluang mulakan blog..dah lama berhasrat, tapi masa amat tak meng'ijin'kan..Anak-anak semua hepi bila umminya ada blog sendiri. Tapi umminya buat syarat - semua anak mesti ada blog masing-masing. Tujuannya satu - so that they will make effort to write. If not, mereka tak nak langsung mengarang... inilah padahnya bila banyak sangat tengok TV dan main games saja. Writing... is the last thing they want to do. Anak-anak zaman sekarang. Membaca pun jauh sekali. Susah hati betul. So untuk menggalakkan mereka menulis, this is the only way. anak-anak dijanjikan dengan hadiah bagi sesiapa yang paling best blognya. Ummi la yang akan menilai. So, better start now kids...Anyway kakak can wait. Concentrate on PMR then only you can start off. Ummi dah mula. Ummi challenge anak-anak pulak. Baba macamana? Pun kena masuk pertandingan jugak...