Sunday, September 21, 2008

Ayah Oh Ayah...

Jam 9 mlm ni, gi ambik Abe La di airport. Dia balik menjenguk ayah..Yang makin hari makin lemah. Sayu hati ini melihat tubuh keringnya, terlantar, memanggil-manggil jika tiada siapa berhampiran. Aku sering terbayang wajah dan kudrat ayah di waktu sihatnya, seorang yang penuh semangat..terutama bila berbicara soal pendidikan. Dialah hero sebenar hero, tidak pernah jemu 'mempromosikan' ilmu pengetahuan, sentiasa menggalakkan siapa sahaja untuk mencari dan menuntut ilmu. Bukan kami anak cucunya sahaja di'syarahkan'..malah tidak kira kepada siapa pun, bila sahaja berkesempatan, beliau mengutarakan idea-idea bernasnya tentang kepentingan ilmu. Ayah juga seorang yang kuat membaca. Setiap hari, sebelum tahun 1984, dengan berbasikal, (dan selepas itu kakak kami membelikannya motorsikal) beliau akan ke pasar membeli lauk pauk dan kembali dengan senaskhah akhbar Utusan Melayu - akhbar Jawi, yang tidak pernah miss untuk dibeli. Sebab itulah kami anak-anaknya mahir membaca jawi sejak kecil. Dia akan berpesan kepada penjual akhbar supaya menyimpan senaskhah untuknya, bimbang kehabisan. Dan seringkali juga ayah bertukar tempat membeli akhbar semata-mata marah kerana penjual telah 'terjual' semua Utusan Melayu menyebabkan ayah terlepas membacanya...Itulah ayah kami, pejuang sejati, Muhamad Hj Awang, yang kini terlantar sakit tua, tetapi tetap bersemangat dengan agenda pendidikannya, walau pun dengan nafas yang tersekat-sekat. Allahummaghfir Lahu.

1 comment:

dariana said...

Seorang tua yg hobinya membaaaaca.Kalau tidak al-Quran, dia baca kitab. Takpun dia akan membaca akhbar...berzikir..membaca jugak... semacam tak ada hobi lain lagi. Kami kagum. Bolehkah hobi ini diikuti oleh anak2 cucunya?