Awal pagi Khamis 17 Ramadhan 1429 bersamaan 17 September 2008, aku terima sms mengejutkan dari Zi; "cikgu Nawi meninggal malam tadi lepas maghrib"...InnaliLlah. (Arwah adalah guru Bahasa Inggerisku 1984 - '85 semasa aku di SMKA Naim Lil-Banat Kota Bharu). Aku berada di Hotel De Palma S.Alam, menghadiri mesyuarat sehingga Jumaat, mana mungkin berkesempatan menatap wajah guru tersayang buat kali terakhir...guru yang begitu besar jasanya, yang tidak terbalas olehku. Dia bagai seorang bapa yang senantiasa menunjuk arah, menentu hala tuju dalam hidupku. Setiap kali aku tersesat, dialah tempat kutuju, meminta nasihat, mohon pedoman..
Airmata tidak dapat ditahan lagi,disusuli kesalan demi kesalan kerana sudah lama aku tidak menjenguknya. Patutlah seminggu dua kebelakangan ni hati sering teringatkan arwah. Tetapi komitmen kerja dan family membuatkan aku mengabaikan rasa hati aku sendiri, yang telah membuat aku kesal tak sudah kini. Kalaulah...kalaulah aku jenguk dia walau sekejap,tidaklah aku merintih begini. Airmata belum mampu ku keringkan.
Aku terus menelefon suami meminta segera ke rumah arwah dan Alhamdulillah dia berada di sana sehingga arwah selamat disemadikan. Pergilah duhai guru, bakti budimu yang tidak terhitung pasti dihisab-Nya, dan menjadi bekalmu meniti Sirat.
May Allah bless your soul, dearest Cikgu.... you are gone from our eyes, but will always be there in our hearts, in our prayers.
1 comment:
jasa guru tetap dikenang.
Post a Comment